Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai BN Volunteers.

Sukarelawan

Sertai perjuangan BN Volunteers.

 

Program Sukarelawan BN Kembara Rumah Ibadat Siri 1
Tarikh: 
6-3-2016

Telok Kemang, 6 Mac 2016Inisiatif Ibu Pejabat Barisan Nasional menubuhkan pasukan sukarelawan Barisan Nasional (BN) atau lebih dikenali sebagai BN Volunteers merupakan salah satu usaha berterusan parti BN membantu rakyat hingga ke peringkat akar umbi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan ideologi.

BN Volunteers yang terdiri daripada para 128 orang sukarelawan yang mewakili masyarakat majmuk Malaysia hari ini telah berpadu hati untuk mencurahkan khidmat dan keringat mereka bagi membersihkan masjid, tokong dan kuil di Pasir Panjang, Telok Kemang secara serentak.

Sukarelawan dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada masyarakat berbilang kaum bagi membersihkan rumah-rumah ibadat terpilih iaitu Masjid Jamek Pasir Panjang, Kuil Kwong Fu Pasir Panjang dan Kuil Sri Subramaniyar Pasir Panjang.

AJK Masjid, Tokong dan Kuil tersebut akan berada di rumah ibadat masing-masing bagi memantau dan memberi nasihat dari masa ke semasa bagi menjamin setiap gerak kerja gotong-royong yang dijalankan tidak menyentuh dan melanggar sensitiviti rumah ibadat dan agama masing-masing.

Program ini dirasmikan oleh YB. Dato’ Seri Utama Tan Sri Dr. Haji Mohd Isa Bin Dato’ Haji Abd. Samad, Pengerusi BN Parlimen Telok Kemang bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Telok Kemang.

 
#RakyatDidahulukan