Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai BN Volunteers.

Sukarelawan

Sertai perjuangan BN Volunteers.

 

Program Kasih Gelandangan Siri 2
Tarikh: 
29-2-2016

Program Kasih Gelandangan ini merupakan program kedua BN Volunteers bersama-sama dengan Pertiwi Soup Kitchen mengedarkan makanan dan minuman kepada warga gelandangan di Ibu Kota.

Agihan makanan bermula di Medan Tuanku pada pukul 9 malam di mana seramai 15 orang sukarelawan dari BN Volunteers bersama-sama dengan sukarelawan lain begitu bersemangat membantu mereka yang memerlukan. Lebih kurang 400 orang gelandangan yang hadir di Medan Tuanku termasuk kanak-kanak.

Lokasi kedua pula ialah di Kota Raya pada pukul 10 malam. Sukarelawan berpeluang mengagihkan makanan di tempat tidur warga gelandangan. Pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh sukarelawan.

Jumpa lagi di Program Kasih Gelandangan Siri 3 ;)

 

#RakyatDidahulukan