Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai BN Volunteers.

Sukarelawan

Sertai perjuangan BN Volunteers.

 

Program Kasih Gelandangan Siri 1
Tarikh: 
3-2-2016

BN Volunteers Prihatin Nasib Gelandangan

 

Tarikh            : 3 Februari 2016 (Rabu)
Masa             : 9.00 – 11.00 pm
Tempat         : Medan Tunku dan Kotaraya, Kuala Lumpur

 

Gelandangan yang merupakan sebahagian daripada masyarakat tidak pernah dipinggirkan malah menerima bantuan dan perhatian berterusan dari pelbagai pihak.

Bertempat di Pusat Gelandangan Medan Tunku, BN Volunteers dari Ibu Pejabat Barisan Nasional dan Pertiwi Soup Kitchen berganding bahu memberi bungkusan makanan, roti, air mineral dan pakaian secara percuma kepada para gelandangan.

Selesai di Medan Tunku, sukarelawan dari BN Volunteers meneruskan usaha memberi bantuan makanan di sekitar Kotaraya. Program tamat sekitar jam 11 malam.

Seramai 400 orang gelandangan termasuk kanak-kanak menerima manfaat ini bagi meringankan beban mereka.

‪#‎RakyatDidahulukan