Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai BN Volunteers.

Sukarelawan

Sertai perjuangan BN Volunteers.

 

Misi Bantuan Pasca Banjir di Temerloh
Tarikh: 
16-1-2015

Misi Bantuan Pasca Banjir ini telah diadakan selama tiga hari dari 16 Januari sehingga 18 Januari 2015 di Temerloh dan Kuala Kurau, Pahang. YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyertai upacara pelepasan sukarelawan yang diadakan di PWTC dengan memberikan kata-kata semangat dan ucapan terima kasih. Seramai 170 orang sukarelawan berbilang kaum menyertai misi ini bagi membantu membersihkan dan mengecat kawasan-kawasan berikut :

1. SJK(C) Kuala Kurau

2. Jeti Esplanade Temerloh

3. Gelanggang Futsal, Kampung Bangau Tanjung

4. Surau, Kampung Raja

5. Balai Raya, Kampung Bangau Parit

6. Dua buah rumah di Kampung Bangau Parit dan Kampung Bintang

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, ADUN Lanchang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Dalam ucapannya, beliau memuji kerjasama yang telah dilaksanakan oleh sukarelawan daripada pelbagai kaum di dalam Barisan Nasional bagi membantu misi pasca banjir. Selain itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang terlibat kerana berjaya membantu membersihkan kawasan Esplanade Temerloh yang merupakan lambang pelancongan kawasan Temerloh. Kini Esplanade telah digunakan semula sebagai tempat rekreasi penduduk tempatan dan pelancong luar.