Kenali Kami

Mengetahui lebih lanjut mengenai BN Volunteers.

Sukarelawan

Sertai perjuangan BN Volunteers.

 

Back 2 School : Gunting Rambut Percuma di Gombak
Tarikh: 
3-1-2016

Program        : Back to School:Gunting Rambut Percuma untuk Pelajar Sekolah
Tarikh            : 3 Januari 2016(Ahad)
Masa             : 8.00 am – 4.00 pm
Tempat         : Dewan Serbaguna Selayang Mulia, Batu Caves, Selangor

Program Back to School Dapat Sambutan Meriah

Sempena musim persekolahan 2016, Program Gunting Rambut Percuma untuk Pelajar Sekolah anjuran UMNO Bahagian Gombak dan BN Volunteers, Ibu Pejabat Barisan Nasional (BN) telah berlangsung di Dewan Serbaguna Selayang Mulia, Jalan SM 1/1, 68100 Batu Caves, Selangor.

YBrs. Tuan Haji Abdul Rahim Bin Kamaruddin, Ketua UMNO Bahagian Gombak juga telah hadir merasmikan program dan meluangkan masa bersama para penduduk.

Para pelajar yang berbilang bangsa di Taman Selayang Mulia hadir memeriahkan program ini. Rata-rata menyatakan penghargaan apabila program gunting rambut percuma sebegini diadakan. Ibu bapa yang hadir turut gembira dengan program ini yang secara tidak langsung membantu dalam mengurangkan kos mempersiapkan anak-anak mereka kembali ke sekolah.

#RakyatDidahulukan